Resipi Sofia

Sup Asparagus Ala Hawaii
 
Bahan-Bahan A
  • 180g Asparagus
  • 1 ½ cawan Air
Bahan-Bahan B
  • Santan Kelapa M&S Lemak Dikurangkan 200 ml
  • Tepung 1 camca besar
  • 1 camca besar serbuk pati ayam
  • 1 camca kecil serbuk lada putih
  • Garam secukup rasa
Cara Penyediaan
1
Rebus bahan-bahan A sehingga mendidih. Kecilkan nyalaan api dan rebus asparagus hingga lembut.
2
Kisar asparagus tadi sehingga halus. Masukkan kisaran ke dalam periuk. Masukkan bahan-bahan B dan masak sehingga mendidih. Kecilkan nyalaan api dan masak sehingga mencapai tahap kepekatan yang diinginkan.
3
Hiaskan dengan daun pudina sebelum dihidang.