Resipi Sofia

Kuih Talam Caca
 
Bahan-Bahan
A. Lapisan Bawah
  • ½ mangkuk cha-cha (rebus sehingga lembut dan tapis)
  • 2 sudu besar sago (rebus sehingga lembut dan tapis)
  • 1/4 mangkuk krim jagung
  • 440ml M&S Santan
  • 60ml air
  • 85g tepung beras
  • 30g tepung serbaguna
  • 50g gula kastor
  • sedikit garam
B. Lapisan Atas
  • 1½ cawan M&S Santan
  • 90 gm tepung serbaguna
  • 30 gm tepung jagung
  • 50 gm gula kastor sedikit garam
  • beberapa titik esen ros beberapa titik pewarna merah
Cara Penyediaan
1
Campurkan tepung beras, tepung serbaguna, gula kastor, garam, air, dan M&S Santan ke dalam mangkuk dan gaul sebati. Tapiskan adunan.
2
Masukkan cha-cha, sago, dan jagung ke dalam adunan dan gaul sebati.
3
Curahkan ke dalam bekas.
4
Kukus di atas api rendah selama 20 minit hingga masak.
5
Sementara itu, sediakan lapisan bawah – campurkan semua bahan ke dalam mangkuk.
6
Curahkan ke atas lapisan bawah tadi.
7
Kukus lagi selama 10 minit sehingga masak.
8
Biar sejuk sepenuhnya sebelum hidang.
Hidangan : 4 Orang