Resipi Sofia

Biskut Semperit Pelangi M&S
 
Bahan-Bahan
  • 125g mentega
  • 50g gula aising
  • 1 biji kuning telur
  • 3 sudu besar Santan M&S
  • 1 sudu kecil vanila
  • 180g tepung serbaguna
  • 80g tepung jagung
  • 30g susu tepung
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 30g serbuk badam
  • Pewarna kuning, merah jambu, hijau
Bahan Aising
  • 1 biji putih telur
  • 180-190g gula aising, diayak
  • 1 sudu teh jus lemon
Cara Penyediaan
1
Pukul mentega, gula dan telur sehingga sebati.
2
Masukkan Santan M&S dan vanila, pukul rata.
3
Masukkan bahan ayak dan badam. Uli menjadi doh.
4
Bahagikan 3, tambah pewarna kepada 2 bahagian.
5
Bentukkan doh kuning, merah jambu dan hijau memanjang.
6
Letak merah jambu di antara kuning dan hijau. Lurutkan plastik supaya melekat. Sejukkan selama 20 minit.
7
Potong dan buat jalur dengan garfu.
8
Bakar pada 160˚C selama 15-20 minit.
9
Untuk Aising: Pukul sebati, sapukan pada biskut. Letak batang aiskrim dan tangkup dengan biskut lagi.