Resipi Sofia

Frittata Rendang Dendeng
 
Bahan-Bahan
  • 1 labu bawang besar, didadu 2cm
  • ½ biji cili benggala hijau, didadu 2cm
  • ½ biji cili benggala merah, didadu 2cm
  • 6 biji telur
  • 100ml Santan M&S
  • 200g ubi kentang, direbus dan didadu 2cm
  • 50g parutan keju Cheddar
  • 200g *Rendang Dendeng (rujuk kepada resipi Rendang Dendeng)
  • Garam dan serbuk lada hitam secukupnya
  • Minyak secukupnya
Cara Penyediaan
1
Panaskan minyak.
2
Goreng bawang besar sehingga layu.
3
Masukkan cili benggala hijau.
4
Masukkan cili benggala merah. Kacau sebati. Angkat.
5
Pecahkan telur ke dalam mangkuk.
6
Masukkan Santan M&S.
7
Masukkan ubi kentang.
8
Masukkan ½ parutan keju.
9
Masukkan bawang dan cili benggala goreng.
10
Tambah garam dan serbuk lada hitam.Pukul sebati.
11
Panaskan minyak di dalam kuali leper.
12
Tuangkan ½ campuran telur.
13
Sudukan Rendang Dendeng di atasnya.
14
Tuangkan baki campuran telur.
15
Masak sehingga bahagian bawah keperangan.
16
Taburkan baki keju.
17
Gril sehingga keemasan.