Resipi Sofia

Biskut Kacang Sempoi
 
Bahan-Bahan
  • 2 paket (137g) biskut (dengan krim)
  • ½ cawan krim keju
  • ½ cawan mentega kacang halus
  • ½ cawan serbuk kacang tanah
  • 4-5 sudu besar Santan M&S
  • 200g coklat masakan, dicairkan
Bahan Hiasan
  • 150g coklat masakan
  • 1 sudu kecil lemak sayuran
  • Manik warna-warni, badam panggang dll
Cara Penyediaan
1
Kisar biskutsehingga halus.
2
Pukul krim keju dan mentega kacang sehingga sebati.
3
Gaulkan dengan biskut, badam, Santan M&S dan coklat.
4
Padatkan ke dalam tin pembakar 7 inci. Sejukkan 2 jam.
5
Potong empatsegi dan cucuk sebatang straw.
6
Untuk hiasan: Cairkan coklat dan lemak sayuran secara double-boiler.
7
Salut biskut dengan coklat dan hias.