Resipi Sofia

Roti Santan M&S Telur Leleh
 
Bahan-Bahan
A. Roti Santan M&S Gaya Sofia
  • Santan M&S secukupnya
  • 2 keping roti canai frozen
  • Sedikit minyak
B. Roti Santan M&S Telur Leleh
  • 2 keping roti Santan M&S
  • 2 biji telur
  • Air secukupnya
  • 3 sudu besar cuka putih
  • Garam, serbuk lada sulah (hidangan)
Bahan Salad (gaul)
  • 5-6 aneka jenis daun salad
  • 6 biji tomato ceri, dibelah 4
  • 4 hirisan cili benggala kuning
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • 1 sudu kecil jus limau nipis
  • Serbuk lada hitam secukup rasa
Cara Penyediaan
A. Roti Santan M&S Gaya Sofia
1
Tuangkan santan ke dalam mangkuk.
2
Celup sekeping roti canai dan balik-balikkan supaya santan rata.
3
Masak roti canai di dalam kuali yang dilengser minyak sehingga garing.
4
Terbalikkan dan masak lagi.
5
Apabila keperangan, angkat.
B. Roti Santan M&S Telur Leleh
1
Panaskan kira-kira 3 inci air di dalam periuk.
2
Apabila mendidih, masukkan cuka.
3
Biar sehingga air mendidih semula.
4
Dengan pemutar, buat pusingan supaya terbentuk pusaran air.
5
Pecahkan telur ke dalam mangkuk kecil.
6
Tuang telur di bahagian tengah pusaran.
7
Biar sehingga telur masak dengan kuningnya cair.
8
Angkat dan letakkan ke dalam piring.
9
Hidangkan telur dengan campuran salad.
Petua:
Pastikan telur segar.