Resipi Mak

Rendang Tok
 
Bahan-Bahan
  • 1kg daging batang pinang, dipotong 16
  • 2 sudu besar pes asam jawa, dicampur ½ cawan air
  • 6 sudu besar kerisik
  • 1 liter Santan M&S
  • 400ml air
  • 3 helai daun kunyit, dihiris halus
  • Garam dan gula merah secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
Bahan Rempah
  • 3 sudu besar ketumbar
  • 3 sudu besar jintan manis
  • 1½ sudu besar jintan putih
  • 1½ sudu kecil lada hitam
Bahan A
  • 3 labu bawang besar
  • 22-30 tangkai cili kering, dipotong dan direbus lembut
  • 5 batang serai
  • 3 cm halia
  • 3 cm lengkuas
  • 5 biji buah keras
Bahan Tumis
  • 12 biji bawang merah, dihiris halus
  • 6 ulas bawang putih, dihiris halus
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 6 kuntum bunga cengkih
  • 5 biji buah pelaga
Cara Penyediaan
1
Sangai bahan rempah sehingga wangi. Tumbuk sehingga halus.
2
Tumbuk bahan A sehingga halus.
3
Masukkan daging ke dalam mangkuk.
4
Tambah bahan rempah.
5
Masukkan bahan A.
6
Masukkan air asam jawa.
7
Masukkan 200ml Santan M&S. Kacau rata dan perap selama 4 jam.
8
Panaskan minyak.
9
Tumis bahan tumis sehingga keperangan.
10
Masukkan daging.
11
Masukkan baki Santan M&S dan air. Masak sehingga daging empuk dan kuah pekat.
12
Masukkan garam dan gula merah.
13
Tambah kerisik. Masak lagi sehingga pekat dan naik minyak.
Saiz Hidangan : 12 orang