Resipi Sofia

Kuih Talam Teh Hijau
 
Bahan-Bahan
  • 130g tepung beras
  • 30g tepung serbaguna
  • 30g tepung jagung
  • 100g gula kaster
  • 250ml M&S Santan
  • 250ml air sedikit garam
  • 1 sudu besar serbuk atau daun teh hijau
  • 60ml air panas
  • 2 sudu kecil susu manis
  • 2 sudu besar pes kacang merah
  • ½ mangkuk kacang merah dalam tin, dicincang
Cara Penyediaan
1
Campurkan daun teh hijau dengan air panas dan susu manis untuk membuat campuran teh hijau. Tapis campuran.
2
Campurkan tepung beras, tepung serbaguna, tepung jagung, gula kaster, garam, dan santan M&S. Gaul sebati.
3
Tapis ke dalam dua mangkuk berlainan.
4
Masukkan campuran teh hijau ke dalam satu mangkuk, dan campuran pes kacang merah bersama kacang merah cincang ke dalam mangkuk kedua. Gaul sebati.
5
Masukkan campuran teh hijau ke dalam cawan. Kukus selama 4 minit sehingga masak.
6
Masukkan campuran kacang merah ke dalam cawan. Kukus lagi selama 4 minit sehingga masak.
7
Ulang proses sehingga kedua-dua campuran habis.
8
Biarkan sejuk sepenuhnya dan boleh dihidang dengan krim putar.
Hidangan : 5 Orang