Resipi Sofia

Jejari Paf M&S
 
Bahan-Bahan
  • 2 keping paf pastri (20cm)
  • ¼ cawan parutan keju Parmesan
  • 1-2 sudu besar bijan hitam dan putih
  • 12-14 keping biskut span
  • 1½ sudu besar serbuk kopi, dicampur 200ml air
  • 1 biji telur, dipukul
  • Gula kastor (untuk tabur)
Bahan Sos Putih M&S
  • 1 cawan Santan M&S
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu kecil tepung jagung
  • ¼ cawan gula pasir
  • Sedikit garam
Bahan Sos Gula Melaka
  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • ½ cawan gula merah
  • Sedikit garam
Cara Penyediaan
1
Sapu pastri dengan telur.
2
Taburkan keju.
3
Taburkan bijan hitam dan putih.
4
Taburkan gula kastor.
5
Tutup dengan kertas kalis minyak. Canai perlahan, potong jejari selebar ½ inci.
6
Pegang kedua-dua hujungnya, pusingkan beberapa kali.
7
Letak di atas tin pembakar. Bakar pada 195°C selama 15 minit atau sehingga masak.
8
Untuk sos putih M&S: Satukan semua bahan. Kacau atas api perlahan sehingga pekat.
9
Untuk sos gula melaka: Satukan semua bahan. Kacau atas api perlahan sehingga pekat.
Hidangan : 4