Resipi Sofia

Roti Santan M&S Gulung
 
Bahan-Bahan
A. Roti Santan M&S Gaya Sofia
  • Santan M&S secukupnya
  • 2 keping roti canai frozen
  • Sedikit minyak
B. Roti Santan M&S Gulung
  • 4 keping roti Santan M&S
  • 4 helai daun salad
  • 1 keping kepingan ayam salai, dipotong 4
  • ½ biji tomato, dibuang biji dan dihiris nipis
  • ¼ biji timun, dibuang empulur dan dihiris memanjang
  • 1 keping keju, dipotong 4
  • Mayonis
  • Sos cili secukup rasa
Cara Penyediaan
A. Roti Santan M&S Gaya Sofia
1
Tuangkan santan ke dalam mangkuk.
2
Celup sekeping roti canai dan balik-balikkan supaya santan rata.
3
Masak roti canai di dalam kuali yang dilengser minyak sehingga garing.
4
Terbalikkan dan masak lagi.
5
Apabila keperangan, angkat.
B. Roti Santan M&S Gulung
1
Letak 2 keping roti Santan M&S di atas kertas baking.
2
Susun daun salad di atas.
3
Atur ayam salai dan tomato.
4
Picitkan mayonis di atasnya.
5
Susun timun dan keju.
6
Picitkan sos cili di atasnya.
7
Gulung dan bungkus kemas. Potong dan hidangkan.