Resipi Mak

Kari Ayam Kuning
 
Bahan-Bahan
  • 4 peha ayam, dipotong kecil
  • 400ml Santan Kelapa M&S
  • 200g ubi keledek, dikupas dan dipotong kecil
  • 4 sudu besar sos ikan
  • 100g gula Melaka, dipotong
  • 2 batang serai
  • 4 sudu besar minyak masak
  • 1 cawan air
Bahan-Bahan Pes Kari Kuning
  • 1 sudu besar pes cili
  • 1 biji bawang besar
  • 8 ulas bawang putih
  • ½ kunyit, saiz ibu jari
  • ½ halia, saiz ibu jari (dikisar hingga menjadi halus)
Bahan-Bahan Rempah Campuran
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • ½ sudu teh serbuk lada putih (campurkan)
Cara Penyediaan
1
Campurkan pes kari kuning dengan rempah campuran. Panaskan minyak masak dalam kuali dan tumis dengan serai sehingga naik bau.
2
Campurkan kepingan ayam dan goreng selama 3 minit hingga ayam digaul sebati dengan rempah. Campurkan ubi keledek, sos ikan, gula Melaka dan air.
3
Renahkan ayam selama 20 minit atau sehingga masak. Campurkan Santan Kelapa M&S dan masak dengan api sederhana selama 3 minit (jangan biarkan mendidih).